Sunday, July 31, 2011

Selamat Datang Keberkatan.

Sudah sekian lama dia pergi meninggalkan kita...Tapi kali ini dia menjengah kembali..RAMADHAN...

''Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.'' - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.

Dalam bulan ini kita diwajibkan untuk berpuasa yakni menahan diri daripada lapar dan dahaga bahkan boleh melatih kita agar menjauhkan diri kita daripada maksiat..Bulan ini dikhususkan untuk kita beribadah kepada ALLAH SWT..Di siang hari kita berpuasa dan malam pula kita mengerjakan solat sunat Tarawih..

Antara peristiwa yang berlaku dalam bulan ini ialah penurunan Al-Quran..Iaitu kalam ALLAH yang suci dan merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW..Al-Quran juga merupakan panduan untuk kita sebagai seorang Muslim..

Kelebihan bulan Ramadhan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada ALLAH, disamping sembahyang sunat , istighfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya..Malam ini ialah malam yang lebih baik daripada seribu bulan

Sabda Rasulullah SAW : Diberi lima perkara yang tidak pernah diberi kepada umat-umat sebelumnya:
1) Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi di sisi ALLAH.
2) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
3) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
4) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
5) Dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di akhirat.

Itulah serba sedikit tentang kelebihan bulan keberkatan ini...Ahlan wasahlan Ya RAMADHAN...Marilah kita hadapinya dengan hati yang rela dan ikhlas kerana ALLAH..:)