Friday, June 10, 2011

Sahabat Sejati....

sentiasa bersama susah dan senang...


lihatlah...kukuhnya ikatan persaudaraan...:)


inilah nilai sebuah persahabatan...

depan dari kiri:
Muslim, Adib, Ishan, Lutfi, Syukri, Syafik, Nazrul, Nor Hisyam

belakang dari kiri:
Anas Mokhtar, Fendi, Kamil, Fadhil, Mustakim, Aizuddin, Zulfaqar, Farhan, Arif, Anas Alias


Hargailah sebuah ikatan
Berdoalah ikatan yang kita simpulkan ini
Kekal hingga ke akhir hayat kita
SAHABATKU....:)

Sunday, May 15, 2011

Mustafa as-Siba'ie

Mustafa as-Siba'ie dilahirkan pada tahun 1915 di bandar Hims, Syria. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga ulama. Ayahnya, Syeikh Husni as-Siba'ie adalah khatib di Masjid Hims dan salah seorang pejuang yang menentang penjajahan Perancis di Syria.

Kanak-kanak Yang Cerdas
Mustafa mendapat pendidikan awal di Sekolah Masudiyyah. Beliau pelajar yang pintar di sekolah. Pada usia masih muda beliau berupaya menghafaz Al-Quran. Beliau juga mendapat didikan agama daripada kuliah-kuliah agama yang disampaikan oleh ayahnya dan daripada ulama-ulama terkemuka lain di Hims. Antara guru yang pernah mengajar beliau adalah Mufti Hims, Sheikh Tahir Al-Atasi.

Pada usia yang muda beliau menunjukkan kesungguhan dalam menentang penjajahan. Seawal usia 16 tahun beliau ditangkap oleh penjajah Perancis keran menyebarkan risalah-risalah berbentuk kritikan pada pendudukan Perancis. Pada usia 18 tahun beliau menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Hims apabila ketiadaan ayahnya. Akibat daripada khutbah beliau yang berapi-api mengajak rakyat berjihad menentang penjajah beliau ditangkap sekali lagi.

Pejuang Muda
Pada tahun 1933, beliau melajutkan pelajaran ke universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Fiqh dan Usuluddin. Di sini beliau berkenalan dengan Imam Hasan al-Banna dan gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir. Beliau dan rakan-rakan sekuliah pernah ditangkap dan dipenjarakan selama 3 bulan oleh penjajah Inggeris di Mesir kerana terlibat dalam tunjuk perasaan menentang penjajahan pada 1941.

Seterusnya beliau dipindahkan ke Palestin dan dipenjarakan selama empat bulan sebelum dibebaskan. Namun beliau dilarang masuk semula ke Mesir oleh pihak Inggeris. Hanya pada tahun 1944 beliau menyerahkan tesis kedoktoran beliau yang bertajuk "Kedudukan Sunnah dalam Syariah". Ijazah kedoktoran beliau adalah dalam bidang Syariah Islamiah. Pada tahun 1950, beliau menjadi tenaga pengajar di Fakulti Undang-Undang di Universiti Syria.

Sekitar tahun 1950an beliau terlibat dalma penggubalan undang-undang Syria yang lebih islamik. Antara sumbangan beliau yang lain adalah membantu memasukkan pelajaran Pendidkan Islam dalam kurikulum sekolah dan mewujudkan jurusan Syariah di Universiti Syria (Universiti Damascus)

Pelopor Ikhwanul Muslimin Syria
Pada tahun 1942 Mustafa menubuhkan cawangan Ikhwanul Muslimin di Syria. Selepad bertapak selama setahun di Syria, hampir 100,000 orang menyertai gerakan itu. Beliau juga mengangkat senjata menentang tentera Perancis di Syria pada 1945. Pada tahun 1948, gerakan Ikhwan Syria membantu dalam perang melawan Zionis Yahudi di Palestin.

Apabila perang meletus di Terusan Suez pada tahun 1952, beliau dan gerakan Ikhwan Syria menyatakan hasrat mahu membantu menentang Inggeris. Namun, beliau dan rakan-rakan lain dipenjarakan dan seterusnya dibuang negeri ke Lubnan. Di Lubnan, beliau menyemarakkan semangat jihad di kalangan pemuda di sana hingga tertubuhnya Al-Jamaah Al-Islamiyyah pada tahun 1964.

Sekembalinya Mustafa daripada peperangan di Palestin, beliau meneruskan jihad menegakkan Islam dalam bentuk penulisan. Contohnya beliau menulis dalam majalah mingguan As Syihab, majalah Al-Muslimun dan majalah Al Hadharah Al-Islamiyah. Beliau juga menerbitkan surat khabar Al Manar pada tahun 1955 dan Al Syabab pada tahun 1958. Ia dijadikan wadah berdakwah dan memberi kesedaran pada imperialisme Barat di dunia Islam

Mustafa meninggal dunia pada bulan Oktober 1964 di Hims selepas menderita sakit lumpuh di sebelah kiri badannya selama hampir lapan tahun. Diceritakan, sehari sebelum beliau menemui Allah, beliau sempat menulis tiga tulisan iaitu Al-Ulama Al-Auliya, Al-Ulama Al-Mujahidun dan Al-Ulama Asy-Syuhada'.

Monday, December 13, 2010

FIRQAH DAN MAZHAB DI ALAM ISLAM

Didunia Islam berbagai firqah, sekta dan kalta muncul dari masa ke masa sejak Rasulullah SAW wafat pada tahun ke-10 Hijrah atau 632 Masihi.

Firqah atau kalta pertama dalam sejarah Islam muncul sebaik sahaja Rasulullah SAW wafat. Firqah ini dipimpin oleh seorang pendusta bernama Musailamah yang kemudian diberi gelaran al-Kazzaab ( Pendusta ). Tetapi dia terbunuh akibat serangan tentera Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Sesudah itu muncul pula beberapa firqah, mazhab dan kalta lain ada yang menjurus kepada persoalan ibadah, hukum fiqh, bahkan ada yang menjejas akidah.

Firqah Syiah misalnya lahir dari konflik kepimpinan ummah atau politik pada zaman Khalifah Sayyidina Ali bin Abi Talib akibat perebutan kuasa politik. Dari konflik politik akhirnya firqah ini mengasingkan diri di bidang akidah. Kemudian lahir pula firqah Muktazilah yang mengutamakan akal atau bebas dalam masalah agama daripada nas Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

Serentak dengan itu muncul pula firqah Kharijiyah yang juga terlibat dalam konflik politik kontra golongan Syiah Ali. Firqah ini terkenal dengan dengan sikap ekstrimnya terhadap lawannya hingga dengan mudah menghukum musuh mereka sebagai kafir, musyrik atau murtad. Ada pula firqah Qadariyah yang berfatwa bahawa segala perbuatan manusia digerak dan dicetuskan oleh manusia sendiri tanpa campur tangan Allah SWT.

Sebaliknya, golongan Jabariyah beriktikad bahawa segala perbuatan manusia dikawal dan digerakkan oleh Allah SWT 100 peratus. Maka orang yang melakukan maksiat tidak akan menerima hukuman dari Allah SWT. kerana dia tidak akan bertanggungjawab atas perbuatannya itu. Kemudian lahir pula firqah Najariyah yang percaya bahawa Allah tidak punya sifat dan mukmin yang melakukan dosa kecil pun akan menerima azab neraka.

Firqah Mushabbihah pula muncul dengan kepercayaan bahawa Allah mempunyai muka dan tangan, tempatNya di langit dan bentukNya seperti cahaya. Kebanyakan fatwa firqah ini melibatkan sosial ketuhanan yang ganjil dan sukar difahami. Kebanyakan firqah yang timbul tenggelam di alam Islam itu tidak kekal lama dan terbatas ruangnya walaupun mungkin masih wujud pada hari ini seperti firqah Syiah yang terbatas di Iran, Iraq dan segelintir di daerah lain, Bahaiyah yang terpinggir di dunia Islam sendiri, Wahabiyah yang terbatas di Arab Saudi, atau Ahmadiyah yang tertekan di negara asalnya, India.

Hanya golongan Ahlussunnah wal Jamaah yang diterima oleh majoriti ummat Islam di seluruh dunia kerana tidak terdapat dalam pegangannya atau akidahnya yng bercanggah dengan petunjuk Al-Quran dan Hadis Rasul.

Walau apa pun, kemunculan berbagai firqah, mazhab atau kalta dalam alam Islam itu sebenarnya untuk membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Rasulullah SAW sejak lebih 1400 tahun lalu adalah benar.

Friday, October 15, 2010

MENGAPA AL-QURAN TIDAK MENYEBUT DAJJAL?

mungkin orang akan bertanya, jika sekiranya Dajjal dan Ya'juj Ma'juj adalah dua sebutan yang berlainanuntuk menamakan satu bangsa, mengapa Al-Quran hanya menyebutkan Ya'juj Ma'juj saja dan tidak sesekali menyebutkan nama Dajjal????Sebabnya ialah bahawa kata Dajjal, yang ertinya "pembohong" atau "penipu", dan tidak seorangpun suka disebut penipu ataupun pembohong.

Sebaliknya, oleh kerana Ya'juj Ma'juj itu nama suatu bangsa, maka tidak seorangpun akan merasa keberatan memakai nama itu. Bahkan sebenarnya bangsa Eropah sendiri telah memasang patung Ya'juj Ma'juj di depan Guildhall di London. Inilah sebabnya mengapa Al-Quran hanya menggunakan nama Ya'juj Ma'juj dan tidak menggunakan nama Dajjal. Sebaliknya kitab-kitab hadith menggunakan nama Dajjal atau Anti Christ dan ramalan-ramalan yang berhubungan dengan ini, disebutkan dalam kitab suci yang lalu. Oleh kerana itu, perlu sekali dijelaskan bagaimana terbuktinya ramalan-ramalan itu.

Selain itu, kata Dajjal hanya menunjukkan satu aspek persoalan yakni kebohongan dan penipuan yang dilakukan bangsa itu,baik mengenai urusan agama mahupun mengenai urusan duniawi. Akan tetapi terlepas dari sifat-sifatnya yang buruk ada pula kebaikannya..

Dipandang dari segi duniawi, kesejahteraan material mereka harus dipandang sebagai segi kebaikan mereka. Itulah sebabnya mengapa dalam hadith digambarkan bahawa mata Dajjal yang hanya satu, iaitu mata duniawi, gemerlap bagaikan buntang. Al-Quran juga menerangkan keahlian mereka dalam membuat barang-barang. Jadi, jolokan nama Dajjal hanyalah sebahagian dari gambaran bangs itu.

Dalam Al-Quran, bangsa-bangsa Kristian disebut "para penghuni Gua dan raqim" (Al-Kahfi:9). Gambaran ini menggambarkan dua aspek sejarah agama Kristian. "Para penghuni Gua" merupakan gambaran yang tepat bagi kaum Kristian dalam permulaan sejarah mereka kerana pada waktu itu ciri khas mereka yang paling menonjol ialah hidup dalam biara. Mereka meninggalkan sama sekali urusan duniawi untuk mengabdiakn sepenuhnya dalam urusan agama. Dengan erti kata lain, mereka membuang dunia guna kepentingan agama.

Jadi, bangsa Kristian yang pada permulaan sejarah mereka membuang dunia untuk kepentingan agama tetapi zaman akhir, mereka membuang agama untuk kepentingan dunia. Oleh sebab itu, mereka dikatakan dalam Al-Quran sebagai "salah satu petanda Kami yang mengagumkan".

Sekian coretan saya....nantikan ada lg sambunganyaa..

Sunday, June 13, 2010

CINTA ITU

CINTA bukan mengajar kita lemah.. tetapi membangkitkan kekuatan..

CINTA bukan mengajar kita menghina diri.. tetapi menghembuskan kegagahan...

CINTA bukan melemahkan semangat... tetapi membakar & menguatkan semangat...

dari seraut wajah mencerminkan sebuah kesetiaan...

dari seukir senyuman mencerminkan kejujuran...

dari sekeping hati mencerminkan keihklasan...

dan dari sebuah angan-angan...tercapai sebuah impian...

Kebekuan airmata kerana kerasnya hati... kerasnya hati kerana banyaknya dosa... banyaknya dosa kerana lupakan mati... lupakan mati kerana banyaknya angan-angan... banyaknya angan-angan kerana terlalu cintakan dunia cintakan dunia itu sumber segala dosa!!

pastikanlah dulu sesuatu yang engkau ragui... pastikanlah ia dari iman dalam hati dan bukan dari nafsu yang terburu2... dan bukan juga dari suatu matlamat yang tiada hala tuju jadikan pengalaman lalu suatu pengajaran...

janganlah sekali-kali mempermainkan perasaan insan... kerana hati yang terluka terlalu sukar untuk disembuhkan.

Thursday, May 27, 2010

ILMU ADALAH TUBUHMU


ILMU ADALAH

TUBUHMU


Ilmu adalah kekuatan

Bisa merangsang gerak hati

Antara tersungkur kalah

Atau memecut laju menggapai bintang

Kekuatan ilmu adalah urat denyut

Melangsungkan nafas tubuhmu

Agunglah ruang hidup yang bergolak

Kalau ilmu kau tambat di ampuh iman

Kalau ilmu kau jana di harum ihsan


Ilmu adalah kekuatan

Mengalirkan idea dan cita minda

Lalu sukmamu berona bunga

Bila kutenun ilmu pada ikatan takwa

Lantas penatmu meraihnya

Berseri harum syurga ayahbonda

Berkat,anakku……..


Ilmu adalah kekuatan

Yang mengikat mantap

Meneropong menerjang laut luas

Jika kail sehela nafas

Menyelam ke dasarnya

Pasti sekali kau kecewa


Ilmu persis tubuhmu

Selemah-lemah sum-sum tulang

Adalah serendah –rendah mutu ilmu

Tiada penghayatan kau akan sakit

Hanya ilmu menawar racun dosa

Hanya ilmu menyembuhkan pedih alpa

Menyatakan yang hak

Menyatakan yang benar

Yang benar-benar hak

Adalah ilmu yang benar

Bukan ilmu yang banyak

Maka,

Sebab itulah

Tubuhmu hanya kuat

Jika ilmu dimanfaatkan secara hebat



Hasil Nukilan

Farhan Baharin